Thursday, March 4, 2010

DIA ada.

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

**Jangan putus asa sekarang.Allah ada.Berusaha.!

Tuesday, January 26, 2010

Belum Utuh




Saya mahu percaya bahawa setiap sesuatu yang terjadi pada kita sebenarnya adalah 'tulisanNya' yang sarat makna. Saya juga mahu percaya bahawa setiap yang sarat makna itu sebenarnya adalah hikmah. Tapi saya masih juga terluka sekalipun saya mahu percayakan bahawa itu adalah cintaNya. Mungkin redha saya belum seutuhnya...