Thursday, March 4, 2010

DIA ada.

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

**Jangan putus asa sekarang.Allah ada.Berusaha.!

Tuesday, January 26, 2010

Belum Utuh




Saya mahu percaya bahawa setiap sesuatu yang terjadi pada kita sebenarnya adalah 'tulisanNya' yang sarat makna. Saya juga mahu percaya bahawa setiap yang sarat makna itu sebenarnya adalah hikmah. Tapi saya masih juga terluka sekalipun saya mahu percayakan bahawa itu adalah cintaNya. Mungkin redha saya belum seutuhnya...

Tuesday, December 29, 2009

Seperti air


Salam..


'bukankah pada lembutnya air yang mengalir, kelikir di sungai beralah menjadi pasir?'

**Saya yakin dan amat pasti dengan kasih Khaliq pada hambaNya.

Wednesday, December 9, 2009

Sunday, December 6, 2009

Pesan mumtazah



"Awat sedih? Jijah...hanya diperlukan seminit untuk menafsirkan seseorang, sejam untuk menyukai dan sehari untuk mencintai seseorang…tetapi perlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang….Tetapi bagaimana dengan cinta Allah? Kita gusar apabila kehilangannya? Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya…CintaNya tetap hadir …bukankah ALLAH MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG??????Cintailah ALLAH kerana cintaNYA tak akan membuat kita kecewa..Allah kan ada..."
-Mumtazah Che Ali..


**Seorang sahabat yang hadir dengar mutiara nasihat begitu berharga di sisi Tuhannya..Zah, semoga hang sentiasa dalam selimut rahmatNya..

Saturday, November 21, 2009

RAMA-RAMA & BUNGA


Semalam, daripada pagi hingga ke petang hati saya berdebar-debar. Entahlah. Khuatir saya menjadi-jadi bila siang melabuh tirainya. Ya Allah.. Sungguh saya gusar. Hingga usai Isyak, saya membuka kembali 'kotak simpanan' saya dan terjumpa madah sarat cerita daripada seorang sahabat saya. Katanya:



Salam Jija,



Ada suatu cerita. Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan Bunga & Rama - Rama Namun Allah memberikannya Kaktus & juga Ulat Lelaki ini sedih . Kenapa pemberianNYA berbeza dari permintaannya. Kemudian dia berfikir bahawa Allah mempunyai terlalu ramai umat dan memutuskan untuk tidak memikirkan pemberian Allah itu . Selepas satu tempoh , lelaki tersebut memikirkan semula permohonan doa yang telah lama dilupakannya . Lelaki itu terperanjat , dari Kaktus yang hodoh & berduri telah tumbuh bunga yang mekar & menawan Manakala daripada ulat yang terselindung telah bertukar menjadi rama - rama yang cantik . Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul & sempurna . Jika anda memohon sesuatu & menerima sesuatu yang lain dari Allah , PERCAYALAH Pastinya Allah akan memberikan sesuatu yang dipinta pada masa yang sesuai . Apa yang dipinta tidak semestinya apa yang diperlukan . Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan umatnya . Terusakan berdoa & berdoa & berdoa . DURI HARI INI ADALAH BUNGA PADA HARI ESOK . fikir2kanlah . Selamat beramal. Wasallam

Ya Allah..

Saya baru teringat yang saya 'mencari' sesuatu daripada kiriman saudara saya ini. Bertahun lamanya..Semoga saya berjumpa dengan 'isinya'. Aminn...


**Hati saya masih berdebar-debar. Ya Allah..apa gerangan agaknya cerita bakal dibawa. Saya jadi teringat tulisan Abu Saif dalam bukunya ; Rasulullah S.A.W berpesan bahawa "..hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan,,". Ya Allah..

Wednesday, November 18, 2009

Kenapa saya yang harus begitu pula?


Sesungguh Allah itu tidak pernah sinis.


Allah tidak sinis dengan hamba-nya.
Yakinlah dan percayalah.
Kerana sesungguhnya Dia ada buat kita.