Saturday, November 21, 2009

RAMA-RAMA & BUNGA


Semalam, daripada pagi hingga ke petang hati saya berdebar-debar. Entahlah. Khuatir saya menjadi-jadi bila siang melabuh tirainya. Ya Allah.. Sungguh saya gusar. Hingga usai Isyak, saya membuka kembali 'kotak simpanan' saya dan terjumpa madah sarat cerita daripada seorang sahabat saya. Katanya:



Salam Jija,



Ada suatu cerita. Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan Bunga & Rama - Rama Namun Allah memberikannya Kaktus & juga Ulat Lelaki ini sedih . Kenapa pemberianNYA berbeza dari permintaannya. Kemudian dia berfikir bahawa Allah mempunyai terlalu ramai umat dan memutuskan untuk tidak memikirkan pemberian Allah itu . Selepas satu tempoh , lelaki tersebut memikirkan semula permohonan doa yang telah lama dilupakannya . Lelaki itu terperanjat , dari Kaktus yang hodoh & berduri telah tumbuh bunga yang mekar & menawan Manakala daripada ulat yang terselindung telah bertukar menjadi rama - rama yang cantik . Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul & sempurna . Jika anda memohon sesuatu & menerima sesuatu yang lain dari Allah , PERCAYALAH Pastinya Allah akan memberikan sesuatu yang dipinta pada masa yang sesuai . Apa yang dipinta tidak semestinya apa yang diperlukan . Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan umatnya . Terusakan berdoa & berdoa & berdoa . DURI HARI INI ADALAH BUNGA PADA HARI ESOK . fikir2kanlah . Selamat beramal. Wasallam

Ya Allah..

Saya baru teringat yang saya 'mencari' sesuatu daripada kiriman saudara saya ini. Bertahun lamanya..Semoga saya berjumpa dengan 'isinya'. Aminn...


**Hati saya masih berdebar-debar. Ya Allah..apa gerangan agaknya cerita bakal dibawa. Saya jadi teringat tulisan Abu Saif dalam bukunya ; Rasulullah S.A.W berpesan bahawa "..hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan,,". Ya Allah..

No comments: