Tuesday, January 26, 2010

Belum Utuh




Saya mahu percaya bahawa setiap sesuatu yang terjadi pada kita sebenarnya adalah 'tulisanNya' yang sarat makna. Saya juga mahu percaya bahawa setiap yang sarat makna itu sebenarnya adalah hikmah. Tapi saya masih juga terluka sekalipun saya mahu percayakan bahawa itu adalah cintaNya. Mungkin redha saya belum seutuhnya...

Tuesday, December 29, 2009

Seperti air


Salam..


'bukankah pada lembutnya air yang mengalir, kelikir di sungai beralah menjadi pasir?'

**Saya yakin dan amat pasti dengan kasih Khaliq pada hambaNya.

Wednesday, December 9, 2009

Sunday, December 6, 2009

Pesan mumtazah



"Awat sedih? Jijah...hanya diperlukan seminit untuk menafsirkan seseorang, sejam untuk menyukai dan sehari untuk mencintai seseorang…tetapi perlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang….Tetapi bagaimana dengan cinta Allah? Kita gusar apabila kehilangannya? Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya…CintaNya tetap hadir …bukankah ALLAH MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG??????Cintailah ALLAH kerana cintaNYA tak akan membuat kita kecewa..Allah kan ada..."
-Mumtazah Che Ali..


**Seorang sahabat yang hadir dengar mutiara nasihat begitu berharga di sisi Tuhannya..Zah, semoga hang sentiasa dalam selimut rahmatNya..

Saturday, November 21, 2009

RAMA-RAMA & BUNGA


Semalam, daripada pagi hingga ke petang hati saya berdebar-debar. Entahlah. Khuatir saya menjadi-jadi bila siang melabuh tirainya. Ya Allah.. Sungguh saya gusar. Hingga usai Isyak, saya membuka kembali 'kotak simpanan' saya dan terjumpa madah sarat cerita daripada seorang sahabat saya. Katanya:



Salam Jija,



Ada suatu cerita. Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan Bunga & Rama - Rama Namun Allah memberikannya Kaktus & juga Ulat Lelaki ini sedih . Kenapa pemberianNYA berbeza dari permintaannya. Kemudian dia berfikir bahawa Allah mempunyai terlalu ramai umat dan memutuskan untuk tidak memikirkan pemberian Allah itu . Selepas satu tempoh , lelaki tersebut memikirkan semula permohonan doa yang telah lama dilupakannya . Lelaki itu terperanjat , dari Kaktus yang hodoh & berduri telah tumbuh bunga yang mekar & menawan Manakala daripada ulat yang terselindung telah bertukar menjadi rama - rama yang cantik . Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul & sempurna . Jika anda memohon sesuatu & menerima sesuatu yang lain dari Allah , PERCAYALAH Pastinya Allah akan memberikan sesuatu yang dipinta pada masa yang sesuai . Apa yang dipinta tidak semestinya apa yang diperlukan . Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan umatnya . Terusakan berdoa & berdoa & berdoa . DURI HARI INI ADALAH BUNGA PADA HARI ESOK . fikir2kanlah . Selamat beramal. Wasallam

Ya Allah..

Saya baru teringat yang saya 'mencari' sesuatu daripada kiriman saudara saya ini. Bertahun lamanya..Semoga saya berjumpa dengan 'isinya'. Aminn...


**Hati saya masih berdebar-debar. Ya Allah..apa gerangan agaknya cerita bakal dibawa. Saya jadi teringat tulisan Abu Saif dalam bukunya ; Rasulullah S.A.W berpesan bahawa "..hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan,,". Ya Allah..

Wednesday, November 18, 2009

Kenapa saya yang harus begitu pula?


Sesungguh Allah itu tidak pernah sinis.


Allah tidak sinis dengan hamba-nya.
Yakinlah dan percayalah.
Kerana sesungguhnya Dia ada buat kita.

Monday, November 16, 2009

Hanya itu.



Saya amat yakin dan percayaa, bahawa setiap manusia yang lahir ke dunia ini punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sebagai saudara, kitalah yang melengkapi antara satu sama lain. Saya yang masih bertatih ini, harus saja punya banyak kekurangan dan kelemahan dan dengan adanya mak, bapak, keluaga, sahabat, guru, seluruhnya dan semestinya DIA-si pemilik cinta-saya mengenal bolong yang ada pada saya. Kepada yang memberikan saya jalan melihat kekurangan itu, syukran saya ucapkan. Sebaik-baik teman dan saudara adalah yang dapat menunjukkan dan membetulkan silap teman dan saudaranya. Saya bertuah kerana masih dikelilingi oleh mereka yang sebenarnya sentiasa ada untuk saya. Terima kasih mak, bapak, abang dan kakak. Juga buat teman-teman. Tak lupa buat Umi; yang telah lama saya 'lupakan' dan semestinya DIA-pemegang kunci hidup saya. Terima kasih. Hanya Khaliq yang dapat membalas semuanya dan segalanya.Ada sesuatu yang saya ketemu saat saya masih memikirkan 'ujian kasih-nya' buat saya. Teman dari seberang ini sarat dan kaya dengan kata-kata yang begitu membujuk. Katanya:

Saudaraku,

Janganlah kau bersedih. Rasa lapar saat ini akan tergantikan rasa kenyang, rasa haus tergantikan kepuasan, rasa sakit tergantikan kesembuhan, rasa sedih tergantikan kegembiraan. Setiap yang pergi pastilah akan kembali, setiap yang hilang pastilah ketemu, setiap kesesatan pastilah ada petunjuk, setiap kesulitan pastilah ada kemudahan, dan disetiap kegelapan akan datang masa terang.

Saudaraku,

Sampaikan kabar pada malam yang kelam, bahwa fajar pasti datang mengusir kegelapan. Kabarkan juga pada orang yang berkesusahan, bahwa pertolongan akan datang secepat kedipan mata. Sampaikan juga pada mereka yang tertindas, bahwa kelembutan akan mendekap penuh kehangatan.

Saudaraku,

Hari ini mungkin saja air mata mengalir mengiringi sebuah petaka, tapi yakinkan diri bahwa masih ada senyum yang akan tergambar menghias hari-hari yang akan dilalui. Nikmati saja rasa sakit itu, didalamnya akan kita temukan berjuta hikmah yang akan mengiringi kita untuk melangkah lebih baik.

Saudaraku, hapus air mata itu.
Bangkitkan semangat, jangan bersedih, masih ada senyum hari esok.

Ya Allah...saya alpa..!

**Teman saya sering mengingatkan saya agar berani berkata untuk diri sendiri, saya sedang mencuba dan selebihnya saya lebih gemar meluahkannya lewat 'kisah' yang saya coretankan sendiri.Ya Allah, terima kasih kerana kasih-Mu yang tidak pernah surut, cinta-Mu yang sentiasa menggunung, nikmat-Mu yang sentiasa membelukku. Syukran. Semoga aku sentiasa dalam 'selimut kasih-Mu'.Amin..